Journey to Master

Sambung belajar

Assalamualaikum

Menggagahkan diri untuk mencatat perjalanan sambung belajar aku. Buat kenangan di masa depan. Peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat master ni aku anggap sebagai rezeki dari Allah. Walaupun peluang ni tak datang bergolek, sebab aku sendiri kene cari peluang dan make it reality, at the end, Allah jua yang makbulkan segala usaha dan doa kita. Kuasa doa dan niat tu paling penting bagi aku. Kawan2 yang berniat nak sambung belajar pasni, insyaallah berusaha la sungguh2 ke arah tu.

Sebenarnya banyak peluang untuk sambung belajar bagi staf kerajaan. Untuk yang private aku tak tau. Aku ulas bg org gomen je sebab aku keje gomen. Sila semak peluang biasiswa bagi kementerian masing2. Untuk aku, under KPT (Kemen. Pengajian Tinggi), so alhamdulillah banyak jenis biasiswa yang ditawarkan contoh macam HLP, SLAB/SLAI dan lain2. Boleh semak sendiri kat http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT. Macam aku sendiri, peluang untuk dapatkan biasiswa penuh daripada majikan agak sukar. Sebab kene tunggu que dan agak terhad. So penyelesaian nya adalah kita cari sendiri penajaan, then kita mohon cuti belajar bergaji penuh daripada majikan.

April, 2012

Pertengahan tahun 2012, iklan penajaan daripada KPT dikeluarkan dan aku dapat tahu melalui emel. Korang boleh semak sendiri pasni kat website diorang sebab takut duk tunggu2 kat emel, xde sape nak share ngan kita kan. Permohonan semua thru online jer. Korang isi jer lah maklumat yang diorang mintak then attachkan dengan research proposal. Very simple research proposal dalam bidang yang korang nak amik nnti. Jangan risau, sebab itu cuma proposal jer dan korang boleh tukar tajuk research bila dah dapat tawaran atau atas nasihat supervisor. So jangan terlalu stick sangat dengan benda ini. Selalunya peringkat master diorang tak terlalu detail sangat, tapi peringkat PhD memang agak tough untuk defend proposal time interview nanti.

Aku mohon penajaan HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) bagi kakitangan bukan akademik. Aku kerja kat universiti tapi bukan lecturer, tu yang kene amik kategori ni. HLP ni pulak ada 2 kategori, first macam aku punyer tu non academic staff dan second bagi pensyarah politeknik & kolej komuniti. So korang jangan silap mohon HLP. Perkara ni jadi kat 2 orang member aku, sian kat diorang.

Jun, 2012

Ok alhamdulillah dalam bulan 6, 2012 aku dapat emel panggilan untuk temuduga kat Pusat Temuduga SPA, Jalan Cenderasari, KL. Dekat2 ngan Jalan Tanglin yang ada kedai ikan bakar sedap tu..hee..So prepare la apa yang patut terutama sekali berkaitan dengan  research proposal yang kita bagi tu. Member aku jue dari UPM sangat banyak membantu. Tq jue..sebab jue pun mohon sama ngan aku. Tapi jue lagi advance sbb dia amik PhD..so everything berkaitan HLP ni memang pihak KPT akan dahulukan peringkat PhD dulu sama ada panggilan interview, sesi interview, kursus atau apa2 jer la. Jue interview 2 hari awal drpd aku, so banyak la gambaran2 yang diberikan sebelum tu..hee..Hari interview, suami hantar ke pusat interview then terus gi keje sebab dia amik half day jer, tengahari kang baru dia jemput. Faham2 jer la perasaan orang yang dah dekat 7 tahun tak di interview..hahaha..semacam jer rasa. Tapi alhamdulillah berjaya diatasi dengan cara mem positifkan diri sendiri..kahkah..yang penting restu dan doa suami dapat mententeramkan aku.

interview
Suasana tempat interview…

Masa tunggu giliran tu sempat la berkenal2 ngan orang2 sebelah..masing2 nak tenteramkan jiwa raga yang keresahan dengan cara berborak2. Paling seronok, tiap kali calon yang keluar dari bilik interview mesti kene serbu ngan org2 yang tunggu kat luar ni utk tau soalan temuduga…kelakar pun ade sbb diorg pun bukan kenal antara sama lain, tapi still tanya mcm2 soalan sebab nak tau punyer pasal. Tp diorg pun sporting jer utk share semua kat kawan2 baru ni. Kadang2 aku rasa benda ni menambahkan nervous, tp agak membantu jugak la..hee…terima kasih kawan2 yang membantu dan share soalan dan jawapan masa interview hari tu..yang menariknya, after hari interview, ada kawan2 yang amik inisiatif buat emel group untuk kumpul soalan2 yang ditanya sepanjang interview..mcm bank soalan la..memang sangat membantu mereka2 yang nak gi interview pasni..insyaallah kalau nak, bleh tinggalkan komen kat sini ye..

Tiba giliran aku interview, my strategy is keep smile dan jawap semua soalan in english..walaupun ke laut..alhamdulillah strategi aku menjadi dan akan aku praktikkan dalam semua interview pasni..hahaha…memang aku senyum jer sepanjang interview dan buatkan yang diri kita ni ceria & friendly kpd interviewer..dan lagi satu, even soalan dalam malay, korang jawap je in english..diorg just nak tgk tahap konpiden kite jer walau dalam hati tuhan jer yang tau..hee..and aku bersyukur sbb panel penemuduga tu pun sgt peramah, ceria dan tak cerewet..ada 2 org panel, sorang dari USM then sorang lagi from KPT…antara soalan yang di tanya..perkenalkan diri, kenapa nak amik bidang yang kita pilih, siapa ‘guru’ dalam bidang yang kita amik tu..dan beberapa soalan berkaitan research proposal..bermula dengan ceria, berakhir juga dengan ceria..alhamdulillah..based on interview, insyaallah aku yakin aku berjaya…

Sept, 2012

Result interview keluar dalam bulan 9, 2012..alhamdulillah aku berjaya!!! yeayyyy…maka bermula lah perjalanan memohon tempat di universiti dan kelulusan dr majikan pulak…at that time belum rasa berjaya sepenuhnya sebab penajaan ni akan terbatal sekiranya majikan tak lepaskan kita untuk sambung pengajian…taraaaa..sebenarnya yang ni lagi mencabar sebab peranan majikan lagi besar kerana diorang la yang akan bagi kita cuti selama 18 bulan then dapat gaji penuh lagi..tentunya bukan mudah..cuma kuasa doa dan rezeki Allah je yang membolehkan aku dapat pelepasan dari majikan. Penajaan HLP pula akan bayarkan yuran pengajian, elaun buku dan elaun alat perkakas. Yuran akan dibayar setiap semester dan elaun2 tu setiap tahun. Lepas tu aku sibuk plak ngan macam2 borang yang nak kene isi untuk permohonan kepada majikan. Alhamdulillah ketua jabatan aku sangat supportive dan luluskan permohonan aku dengan mudah. Kawan2 pun banyak bagi sokongan. Terima kasih korang..

offerhlp
Alhamdulillah…berjaya!!!
offerusim
Kelulusan dari majikan…syukur!

Jan, 2013

Step seterusnya, korang perlu cari tempat kat universiti yg korang cadang nak gi belajar tu. Macam aku mmg dah stick nak kat UiTM..so, aku akan check website graduate studies diorang http://ipsis.uitm.edu.my/v1/ untuk tengok bila tarikh diorg open utk pengambilan pelajar baru. Dalam bulan januari 2013, lepas dpt tahu ada pengambilan baru, aku pun pi beli no pin kat BSN untuk isi borang online..harganya RM50..yang ni boleh claim ngan majikan..Alhamdulillah jalan aku dipermudahkan, tak lama pastu aku dapat tawaran ke UiTM..sepatutnya diorg panggil interview dulu, tp mungkin dah rezeki aku, terus je dpt offer letter tanpa temuduga..offer letter bgtau yang aku kene daftar as student pada Mac 2013…

Memandangkan banyak lagi prosedur yg belum setel ngan majikan & aku pun belum pegi kursus wajib kpt, maka aku buat penangguhan pengajian..senang jer rupanya proses nak tangguh ni..just pegi masa tarikh pendaftaran tu then bgtau nak tangguh, korang just bayar RM50 dan diorg akan cop dan nanti akan keluarkan offer letter baru untuk next semester..kite tggu jer…oh ye, utk defer ni hanya dibenarkan sekali jer sbb lebih dari tu kite kene buat permohonan baru k…

Mac, 2013

Awal bulan Mac, 2013 dapat panggilan utk attend kursus wajib kpt iaitu kursus qualitative analysis (QA) kat EDC, UUM sintok kedah…kursus ni sbg persediaan calon master & phd utk buat research semasa pengajian nnti..yg ‘bestnya’ kursus adalah selama 18 hari…hahaha…berkampung la kite kat uum tuh…ok utk kursus ni kita just mohon hadiri kursus luar drpd majikan…dan kita boleh claim tiket flight & tambang teksi dgn majikan…sbb bleh claim, so aku book tiket dengan MAS..hee..alhamdulillah takde masalah…

offerqa
Panggilan kursus nun jauh di utagha

April-Mei, 2013

Sepanjang kursus aku duk sebilik ngan staf UKM..kebetulan dia pun duk satu taman ngan aku kat Kota Seriemas..wah keciknya dunia..hahaha…sepanjang kursus aku enjoy sbb penceramah sangat best dan bg byk sgt ilmu2 baru utk kita guna masa sambung belajar nanti..makan pun sedap..urusetia pun sgt membantu dan friendly…dpt kawan2 baru yg peramah jugak…cuma rindu sgt ngan suami..yg lain semua best..alhamdulillah…akhir kursus dpt sijil yg wajib di attach sekali masa hantar borang2 wajib ke kpt nanti…antara yg wajib dihantar ke kpt adalah offer letter uitm, offer letter majikan, medical checkup, surat perjanjian & sijil kursus ni…

edc uum
Dah habis kursus…tu katil tempat penginapan kat EDC
kursusqa
Kawan baru..Laili & Fid sambung ke Aussie..Liliy ke UPM..all d best korang!

Habis je kursus, dah kene buat persediaan untuk setelkan keje2 kat opis then siap2 kan senarai tugas untuk penanggung kerja kita nanti…opis mate yg tanggung keje kite akan dpt elaun  sepanjang tempoh cuti belajar kita..kat sini aku terfikir, betapa banyak nya wang rakyat digunakan untuk menanggung aku sambung belajar…so, tak boleh main2..satu amanah yg akan ditanya kat SANA nanti..semoga aku kekal bermotivasi untuk belajar & result cemerlang tiap semester..insyaallah..masa ni jugak aku setelkan urusan dgn majikan and submit borang2 wajib ke kpt..syukur la putrajaya tu sepelaung je dari nilai..senang la aku ulang alik kesana..

Ada 3 borang untuk medical check up utk korang isi nanti..iaitu from kpt, majikan & universiti…utk memudahkan keje korang, kumpulkan semua borang2 ni dulu then buat sekali harung kat klinik, so xperlu buat banyak kali…bayaran pun dikira utk satu test, so jimat lah…oh ye, jgn risau sbb boleh je buat kat klinik swasta atau panel korang…tak semestinya kat klinik kerajaan..sbbnya kat klinik swasta selalunya tak perlu tggu lama, then result utk semua test adalah 2 hari..tu kat klinik mediveron yg aku buat hari tu la, sbb diorg xde lab..kat tpt lain, aku tak tau plak..

Ogos, 2013

Bila offer letter baru UiTM keluar, aku konfem kene register pada 24 Ogos 2013..alhamdulillah kali ni semua dah setel so boleh daftar dgn tenang..sblm tu korang kene abiskan semua cuti rehat korang…sbb xboleh carry forward..mmg byk betul la aku amik cuti masa tu..seminggu sblm register, mmg aku dah ada kat umah jer sbb menghabiskan baki cuti..boleh la buat persediaan mental & fizikal time ni…hari pendaftaran adalah hari sabtu, jadi pergi lah bersama suami sambil mengimbau tempat belajar kami dolu2..ohhh mmg uitm sentiasa dihatiku…

register
Hari pendaftaran…

Sept, 2013

4 September 2013, bermula lah kelas pertama aku..kelas start jam 6.30 ptg sampai la pukul 10 malam…kelas lewat sbb campur sekali ngan budak part time…aku salute betul ngan member2 yg part time ni..sanggup ketepikan penat keje seharian, then tempuh jem lagi utk dtg kelas…belum lagi dgn asignment & test…fuhhh mmg mencabar..aku tgk pun dah penat, pelagi diorg kan…apepun, kalau niatnya kerana Allah, insyaallah ganjaran besar menanti…Alhamdulillah kelas aku sgt best…ramai adik2 yg terus sambung master after degree..fresh graduate gitew…sgt aktif dlm kelas & suke betol tanye soalan byk2..hahaha…bagus korang, teruskan kecemerlangan ye adik2 ku…yg part time pulak, walaupun penat xpernah plak tertido dlm kelas..mmg fokus! daebak!!!

asstudent
Kembali menjadi student bermakna study group, byk asgmt & mkn megi..haha
goodfriends
A very good friends!
ootd
Ohhh ber OOTD jugak..sronok sbb takyah gosok baju kurung tetiap hari..hee
present
Aktiviti kampus

22 thoughts on “Sambung belajar

  1. Sambil2 tgh google artikel cari kekuatan smbung blaja xcidently trjumpa blog akak..hehe..rupanya kakak wawa..🙂

  2. sdg cari info n tips utk bt proposal n interbiu..accidently jumpe ur blog…very interisting!
    camne dgn study?wish u all the best n gud luck!

  3. hai assalamualaikum🙂
    Saya baru dapat HLP untuk tahun ini tapi under KPM.
    Nak tanya beberapa soalan. Harap sudi jawab🙂

    1. Betul ke bayaran isi borang permohonan nak masuk U tu boleh claim kat majikan? Ada tak maklumat dalam pekeliling ke? Sebab nak beritahu kerani nanti. Kalau tiada backup, diorang tak percaya.Hee..

    2. Boleh tak kita mohon beberapa Universiti?

    3. Berapa lama tempoh pengajian yang dibenarkan untuk HLP? Kalau lebih, macam mana?

    4. Ada ke tarikh atau waktu yang spesifik untuk kita masuk sambung belajar tu? Macam contoh: Kemasukan Universiti ialah pada Februari dan September 2015 kan, kita boleh masuk bila-bila dalam tahun 2015, atau kena masuk dalam Februari juga?

    5. Itu sahaja setakat ini. Apa pun, saya ucapkan terima kasih ye jika sudi menjawab😉 Kalau ada soalan lagi, nanti saya ajukan semula.

    1. waalaikumsalam,
      maaf lambat menjawap soalan ni..harap jawapan sy dpt membantu

      1) ye boleh..dan ada dlm pekeliling..just fotokopi resit pembelian nombor pin dan isi borang utk claim.

      2) boleh tiada masalah..

      3) selalunya utk coursework adalah selama 18 bulan..utk research 24 bulan..kalau nak lanjut tempoh pengajian perlu isi borang online (esp) 3 bulan sblm tamat tempoh pengajian..boleh lanjut utk 6 bulan lagi

      4) di uitm, utk coursework mmg perlu register mengikut tarikh semester bermula (mac& sept)..bg research kalau tak silap saya boleh sepanjang tahun…di universiti lain saya tak pasti

      moga bermanfaat

      1. Thanks. Alhamdulillah sy dapat tahun ni dan dah mula pengajian. Tentang yg claim tu, saya tak sempat buat. Kerana agak sibuk menguruskan persiapan bercuti. Btw terima kasih juga. Ia boleh jd info berguna untuk yang lain🙂 tapi kalau tahu pekeliling yang mana, mungkin boleh maklumkan di sini. Mudah sikit nak tunjuk pada kerani … Sebab bila nak claim pun tak tahu nak sebut claim apa…hihi

        Saudari dah tamat pengajian ke?

  4. congrats! same here, tengah cari info how to get hlp n stumble upon ur blog..anyway, nak tanya..let say if accepted do we get to choose the university? thanks..

  5. yang menariknya, after hari interview, ada kawan2 yang amik inisiatif buat emel group untuk kumpul soalan2 yang ditanya sepanjang interview..mcm bank soalan la..memang sangat membantu mereka2 yang nak gi interview pasni..insyaallah kalau nak, bleh tinggalkan komen kat sini ye..

    kalau sudi share la tips tu ya..saya pun bercadang memohon HLP…terima kasih…

    hajariah_ilani@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s