Home Sweet Home · Kawan

Baraan Raya Merdeka

Assalamualaikum

Kalau ada yang tak tau baraan tu apa, boleh tanya prof. google sekarang ye…hee…baraan ni di organize oleh member opis aka ina…org kuat disebalik kejayaan baraan tahun ni..hee…tp sbb dia org utagha, takdelah panggil baraan…nama rasmi ‘tour d’bangi & nilai’ gitewww…kali ni cuma 6 famili jer join…tp 2 famili just tunggu kat umah je, tak join tour…termasuk aku, sbb kawan abi nak dtg beraya tengahari tu, so kene lah masak lunch and terlepas baraan…tp takpe, insyaallah tahun depan ada lagi..

Baraan bermula pagi di bangi iaitu rumah kak niza dulu..menu mee goreng penang mari…wahhh haruzzz mantop!!! tp takde rezki nak rasa…then ke rumah kak ida di bangi juge…menu adalah laksa…ermmmm lap air liuq ja la aku kat umah…hahaha…tengahari ke rumah kak zah plak di nilai impian, masing-masing tak sabo nak tengok rumah bos besar yang baru siap renovate tu…kerlassss kak zah punye book shelf…tgk gambar je pun dah teruja…menu kak zah dessert..mcm2 ada, macam hotel dah…

Lepas tu ke rumah organizer- ina..kat akasia, nilai…ina buat spageti and order ayam tempayan…meletopppp kau nama ayam…lagi sekali aku lap air mata..hahaha…next rumah kak jie plak, dalam satu taman yang sama ngan ina..dekat je…menu mee bandung…kak jie pun cam aku gak tak dapat join tour sbb ada tetamu lain nak datang…then last sekali rumah aku…yeayyyy time kasih korang sudi datang…walaupun aku tak dpt bertandang rumah korang…menu pilihan diorang aku sajikan…pecallllll…bukan pecel lele okeyyy…alhamdulillah simpe & senang jer nak sediakan pecal ni…just bancuh serbuk pecal yang di beli, then celur jer sayuran yang sesuai…ade gak aku goreng tempe & tauhu sebagai tambahan…sihat kan menu pecal ni???…untuk budak2 aku just gorengkan mini sosej & nuget jer…

Alhamdulillah semua happy jer ngan baraan kali pertama ni…bersemangat dengar diorg cerita nak buat lagi utk tahun2 hadapan…insyaallah panjang umur murah rezeki kite ber baraan lagi…selain dapat makan, yg lebih penting sebenarnya dapat eratkan lagi sillaturahim sesama kawan seopis ni…kadang2 walaupun kerja sebumbung tapi sbb tekanan kerja & kekangan2 lain, kite tak dapat nak berbual mesra…kalau ada program macam ni lah baru kite dpt berukhuwah tanpa pikir pasal kerja disamping dpt berkenalan dengan ahli keluarga yg lain…

Ok sebelum entry aku jadi karangan student SPM, baik aku stop kat sini…babai

prudentialIMG_3038

Kawan suami yang dtg ziarah tengahari tu…tq shel sudi dtg

merdeka rayaIMG_3040

Bos aku yang manja2 dgn suami dia dpn suami aku…hahaha

merdeka rayaIMG_3041

Menu simple dari laman bakawali…

merdeka rayaIMG_3043

Pecal, sirap ais, nuget & sosej, buah tembikai…

merdeka rayaIMG_3045

Tetamu menjamu selera…

merdeka rayaIMG_3048

Teman seopis dari kiri Kak Niza, Kak Ida, Kak Zah & Ina…

merdeka rayaIMG_3076

Suami2 tanya, librarian mmg kene buat library kat rumah gak ke?…haha kelako

merdeka rayaIMG_3078 Tuan rumah kembang setaman sedang melayan tetamu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s