Hubby and Me · Keluarga · Peribadi

Ramadhan. Syria. Mesir. Paman. Syawal

Assalamualaikum

Ramadhan berlalu dan aku sedih. panjangkah umur ku untuk ke ramadhan selepas ini? …aku tak tahu dan hanya mampu berdoa…semuanya telah tertulis dalam luh mahfuz…yang aku mohon usai tiap solatku agar aku dimatikan dalam iman dengan mengingati dan menyebut nama Mu Ya Allah…ku mohon agar diberatkan timbangan amal kebajikan ku di padang mahsyar nanti…aku berdoa juga diberikan buku amalan ku dengan tangan kanan…dan pastinya aku inginkan syurga Mu Ya Allah…tempatkan lah aku dalam jannah Mu yang mengalir sungai-sungai di bawahnya…aminnnn ya Rab

Dengan keadaan saudara muslim kita yang masih diduga dengan ujian berat antaranya di Syria, Palestin, Mesir, Rohingya…membuatkan ramadhan kali ni lebih bermakna buat aku…bertahanlah saudaraku…bersabarlah, sesungguhnya kamu akan di balas dengan syurga & bidadari2 sedang menunggu kamu di SANA…hanya Allah sebagai tempat bergantung…para mujahideen, bidadari sedang berhias menunggumu…alangkah bertuahnya kamu semua…sesungguhnya tiada apa di dunia ini utk kamu banggakan…berbanggalah dengan semangat jihad mu & bergembiralah kamu di syurga nanti…alangkah bertuahnya kamu, betapa cemburunya kami…kawan2, jgn pernah lupa doakan mereka…janji Allah itu pasti!!!

Pertengahan ramadhan, dpt berita mengejutkan…paman Abu rebah kerana lelah dan kini koma, mungkin kerana degupan jantung berhenti beberapa minit…Ya Allah sesungguhnya kau menduga orang yang kau sayang…lelaki sebaik paman, pastinya tidak lepas dengan ujian sehingga malaikat maut menjemput…aku doakan bibik Jati dan anak2nya sabar dan terus bersabar…air mata tak pernah jemu keluar setiap kali melawat paman di hospital…sentiasa ingat budi dan kebaikan paman pada arwah mak dan kami sekeluarga…Allah saja yg dapat balas!

Sehingga kini, paman masih koma dan setiap kali kami berikan kata2 semangat di telinganya, air mata paman mengalir…subhanallah semoga Allah beri kekuatan buat paman…mohon doa dari semua, doakan yang terbaik buat paman…

Cerita syawal…sangat sederhana…kali ni ramadhan sangat memberi kesan buat aku…jd kedatangan syawal diraikan secara biasa2 saja…tahun ni beraya di rumah mertua…setiap kali bersalam dengan mak, sebak mesti ada…tp kali ni agak byk plak air mata…hee…maafkan salah silap yanti & doakan kami ye mak…bermaafan dengan suami dalam kereta…on the way ke rumah abah…hahahaha…sungguh kurang sopan…terlupa punyer pasal…tp sgt2 bermakna buat aku sbb skrip bermaafan tu kedengaran sangat ikhlas dan penuh keinsafan…hee..

Setiap hari adalah hari gembira dengan adanya suami di sisi…tak pernah bosan, tak pernah tak rindu…semoga jodoh kita hingga ke syurga…saya sayang suami saya kerana Allah…berkatilah kami dan peliharalah iman kami Ya Allah…

Raya kedua balik rumah abah…jumpa abah, jumpa adik2…terasa mak pun masih ada kat rumah…rindu kat arwah mak tak payah cerita la kan…mak, kami rindu mak…kami baik2 je kat sini😦

Buat kawan2 yang baca blog ni, nak ucap Selamat Hari Raya…mohon maaf segala salah silap…semoga amalan kita di bulan ramadhan diterima Allah dan diteruskan untuk bulan2 seterusnya hingga kita bertemu Maha Pencipta.

raya7Picture 014

raya6Picture 008

raya5Picture 010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s