Rindu padamu Ya Rasulullah · Sharing is Caring

100 Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Seharian: Sunnah Wuduk dan Sembahyang

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ الأَنْصَارِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ قِيلَ لَهُ تَوَضَّأْ لَنَا وُضُوءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا بِإِنَاءٍ فَأَكْفَأَ مِنْهَا عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَاسْتَخْرَجَهَا فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ فَفَعَلَ ذَلِكَ ثَلاثًا

Maksudnya:
Daripda Abdullah bin Zaid bin Asim al-Ansari, dia adalah sahabat, katanya: ia diminta untuk mengajar cara wuduk Rasulullah SAW lalu ia minta satu bekas air. Ia tuang ke atas dua belah tapak tangannya. Dicucinya tiga kali kemudian ia memasukkan tangannya lalu dikeluarkannya , dia berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dengan satu tapak tangan. Dia lakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.
( Riwayat Muslim )

7- Berwuduk Sebelum Mandi

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila mandi jenabah baginda memulakan dengan membasuh dua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang selepas itu dimasukan jejari dalam air lalu mengosok-gosok hingga pangkal rambut. Selepas itu dijirus air ke atas kepada tiga kali dengan tiga cedukkan kedua belah tangannya. Kemudian meratakan air keseluruh badan baginda.
( Riwayat Bukhari )

8-Baca Doa Selepas Wuduk

عُمَرُ قَالَ إِنِّي قَدْ رَأَيْتُكَ جِئْتَ آنِفًا قَالَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Maksudnya:
Umar berkata: Aku nampak kamu datang mendahului. Katanya, sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian mengucap:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
(aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan rasulnya). Pasti terbuka pintu Syurga yang lapan dan ia boleh masuk mana yang ia suka.
( Riwayat Muslim)

** Setelah itu baca doa selepas berwuduk iaitu:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَوَّابِيْنَ، واجْعَلْنِيْ مِنَ المُتَطَهِّرِيْنَ

Maksudnya:
Ya Allah! Jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang sentiasa bertaubat dan orang-orang yang sentiasa bersuci.”
( Riwayat Tarmizi )

9-Jimat Penggunaan Air

ابْنُ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ

Maksudnya:
Kata Ibnu Jabr aku mendengar Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW mandi dalam kadar satu gantang hingga lima cupak dan berwuduk dengan satu cupak air.
( Muttafaqun Alaihi)

10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

َقَالَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini kemudian ia sembahyang dua rakaat tanpa diselangi percakapan, pasti Allah ampunkan dosanya yang terdahulu.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi dari Humran hamba Othman)

11-Menjawab Seruan Azan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا …

Maksudnya:
Daripada Umar bin al-Ash RA katanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar Muazzin hendaklah kamu ucap sebagaimana ia ucap kemudian berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali…
( Riwayat Muslim)

Selepas berselawat, ia hendaklah berdoa:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda: Selepas ia selawat kepadaku ia membaca:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
(“ Ya Allah! Yang memiliki seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikanlah Muhammad Wasilah dan keistimewaan serta bangkitkanlah dia dalam kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan kepadanya.” )
Pasti ia boleh memperolehi syafaatku pada hari Kiamat.
( Riwayat Bukhari )

** Dengan menjawab azan dan doa selepasnya membolehkan seseorang itu mendapat syafaat Rasulullah SAW

12- Banyak Bersugi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau tidak kerana menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap kali sembahyang.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

** Termasuk dalam sunnah, bersugi pada setiap kali bangun dari tidur, ketika berwuduk, berubah bau mulut, membaca al-Quran, dan masuk rumah.

13- Ke Masjid Awal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah manusia itu tahu tentang kelebihan seruan azan dan saf pertama kemudian ia tidak dapat melainkan terpaksa berkongsi mereka pasti akan berkongsi. Kalau manusia tahu tentang kelebihan datang awal pasti mereka berlumba-lumba kepadanya. Kalau manusia tahu tentang Isyak dan subuh pasti mereka pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan perkara yang menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakan wuduk daripada yang keji, banyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang selepas sembahyang demikian itu adalah berkait.
( Riwayat Muslim)

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلاةُ فَلا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

Maksudnya:
Abu Hurairah berkata: aku mendengar Rasulullah bersabda: Apabila didirikan sembahyang, jangan kamu pergi secara berlari-lari. Pergilah dengan berjalan, hendaklah kamu sentiasa tenang, apa yang kamu sempat, kamu sembahyang dan apa yang terlepas sempurnakanlah.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ أَوْ عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

Maksudnya:
Daripada Abu Humaid atau Abu Usaid RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu masuk masjid hendaklah ia ucap:

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah! Bukakanlahuntukku pintu-pintu rahmat-Mu”.‏ Dan apabila keluar hendaklah ia ucap:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Ya Allah! Daku mohon kelebihan-kelebihan daripadaMu.
( Riwayat Muslim )

17- Sembahyang Berhadang

عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلاَ يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ

Maksudnya:
Daripada bapa Musa bin Talhah katanya, Rasulullah SAW berkata: Apabila seseorang kamu telah meletakkan di hadapannya seperti hujung pelana kuda, hendaklah ia terus sembahyang dengan tiada mempedulkan siapa yang berlalu di belakangnya itu.
( Riwayat Muslim)

** Sutrah adalah penghadang yang diletakkan di hadapan orang yang sedang bersembahyang, ia seperti dinding, tiang, atau lainnya dan (muakhkhir ul rahl) hujung pelana adalah yang tinggi lebih kurang sehasta.

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ طَاوُسًا يَقُولا قُلْنَا لابْنِ عَبَّاسٍ فِي الإِقْعَاءِ عَلَى الْقَدَمَيْنِ فَقَالَ هِيَ السُّنَّةُ فَقُلْنَا لَهُ إِنَّا لَنَرَاهُ جَفَاءً بِالرَّجُلِ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ بَلْ هِيَ سُنَّةُ نَبِيِّكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya:
Daripada Abu az-Zubir katanya, dia mendengar Tawus berkata kepada Ibnu Abbas RA tentang duduk iq a’k atas dua kaki. Ibnu Abbas berkata: Ia adalah termasuk dalam sunnah. Kami kata lagi: Kami nampak ia ( duduk iq’ ak) macam orang bengis. Kata Ibnu Abbas: Bahkan ia adalah sunnah nabi kamu.
( Riwayat Muslim)

** Iq’ak adalah duduk ketika berada di antara dua sujud iaitu dengan merapatkan dua belah kaki dan duduk atas dua tumit dengan didirikan dua belah kaki serta jari-jari kaki mengadap kiblat walaupun begitu duduk iftirasy lebih afdhal iaitu duduk atas tapak kaki kiri dan kaki kanan didirikan.

19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir

فَقَالَ أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ أَنَا كُنْتُ أَحْفَظَكُمْ لِصَلاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُهُ إِذَا كَبَّرَ جَعَلَ يَدَيْهِ حِذَاءَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ يَدَيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ هَصَرَ ظَهْرَهُ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُودَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

Maksudnya:
Abu Humaid al-Saidi katanya: Aku lebih hafaz daripada kamu berkenaan sembahyang, aku nampak baginda apabila bertakbir, dua belah tangan baginda separas bahu, apabila rukuk, dua tangan baginda mencengkam lutut kemudian mematahkan belakangnya apabila mengangkat kepala dengan lurus sehingga setiap tulang-tulang berada di tempatnya ( bangkit berdiri tegak ). Apabila sujud, tangan tidak dibaringkan di lantai, tidak menggengam, semua jari-jari kaki mengadap kiblat. Apabila duduk pada rakaat kedua duduk di atas kaki kiri dan kaki kanan didirikan. Apabila duduk pada rakaat akhir, kaki kiri di bawah kaki kanan yang dirikan dan duduk di atas lantai.
( Riwayat Bukhari)

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا إِذَا كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلاةِ … قُولُوا التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ فَإِنَّكُمْ إِذَا قُلْتُمْ أَصَابَ كُلَّ عَبْدٍ فِي السَّمَاءِ أَوْ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ثُمَّ يَتَخَيَّرُ مِنْ الدُّعَاءِ أَعْجَبَهُ إِلَيْهِ فَيَدْعُو

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: kami bersama Rasulullah SAW dalam semabahyang…. Rasulullah SAW bersabda: ucaplah:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
( Semua ucapan penghormatan,selawat dan yang baik-baik untuk Allah. Salam sejahtera, rahmat dan keberkatan Allah ke atas kamu wahai nabi. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh) Apabila kamu ucapnya, semua makhluk di langit, di antara langit dan di bumi mendapat bahagian dalam keselamatan. Dan ucap,

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
( aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya). Selepas itu ia boleh pilih untuk berdoa dengan doa yang ia paling tertarik.
( Riwayat Bukhari)

** Ini adalah salah satu dari tiga bentuk bacaan tahyat dari riwayat yang shahih..

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلاَّ بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya:
Daripada Umul Habibah RA isteri Rasulullah SAW katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesiapa daripada kalangan orang Islam yang melakukan sembahyang sunat setiap hari sebanyak dua belas rakaat selain yang fardhu melainkan Allah bina untuknya sebuah istana dalam syurga.
( Riwayat Muslim)

** Sunat rawatib bilangannya dua belas rakaat sehari semalam iaitu empat rakaat sebelum sembahyang fardhu zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh.

22- Sembahyang Dhuha

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Maksudnya:
Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap pagi, sendi seseorang kamu memerlukan satu sedekah, setiap tasbin sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, menyuruh kepada kebaikan sedekah, mencegah mungkar sedekah, dan digantikan demikian dengan sembahyang dua rakaat dhuha.
( Riwayat Muslim)
** Waktu yang afdhal untuk sembahyang dhuha iaitu setelah matahari tinggi memanas dan kesudahannya apabila gelingcir matahari dengan masuk waktu zohor, sekurang-kurang bilangan rakaat adalah dua rakaat, boleh ditunaikan hingga lapan rakaat sebagaimana terdapat dalam beberapa riwayat.

23-Qiyamullail

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَرْفَعُهُ قَالَ سُئِلَ أَيُّ الصَّلاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ ..فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلاةِ بَعْدَ الصَّلاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ…

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW ditanya: Manakah sembahyang yang lebuh afdhal selepas sembahyang fardu…? Baginda bersabda: Sembahyang yang lebih afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang tengah malam…
( Riwayat Muslim)

24- Sembahyang Witir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا آخِرَ صَلاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jadikanlah sembahyang malam yang berakhir dengan witir.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

أَبُو مَسْلَمَةَ سَعِيدُ بْنُ يَزِيدَ الأَزْدِيُّ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْهِ قَالَ نَعَمْ

Maksudnya:
Diajukan soalan kepada Anas bin Malik: Adakah nabi SAW bersembahyang dengan memakai dua belah saliparnya? Dia menjawab: Ya!
(Riwayat Muslim)

** Walaupun sunnah memakai salipar dalam sembahyang tetapi bagi masjid yang dibentangkan dengan permaidani yang indah-indah tak patut kita pakai salipar atau kasut di dalamnya. Kita boleh memakai salipar dalam sembahyang di tempat yang bersesuaian seperti ketika berkelah di pantai, hutan, di tepi jalan , dalam kebun, di padang dan sebagainya.

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ رَاكِبًا وَمَاشِيًا زَادَ ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ فَيُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar RA katanya Rasulullah SAW pergi ke masjid Quba’ kadang-kadang menunggang dan kadang-kadang berjalan kaki. Ibnu Numair menambah daripada hadis Nafi’ katanya: Baginda sembahyang dalamnya dua rakaat.
( Muttafaqun Alaihi)

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ الصَّلاَةَ فِي مَسْجِدِهِ فَلْيَجْعَلْ لِبَيْتِهِ نَصِيبًا مِنْ صَلاتِهِ فَإِنَّ اللَّهَ جَاعِلٌ فِي بَيْتِهِ مِنْ صَلاتِهِ خَيْرًا

Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menunaikan sembahyang di masjid, hendaklah ia jadikan juga rumahnya ada bahagian sembahyang kerana Allah akan menjadikan di rumahnya yang ada sembahyang kebaikan.
(Riwayat Muslim )

28-Sembahyang Istikharah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya Rasulullah SAW mengajar kami tentang sembahyang Istikhara dalam semua urusan sebagaimana baginda mengajar surah dalam al-Quran. Apabila selesai sembahyang Istikharah hendaklah ia membaca doa seperti berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ(Sebutkan hajat) عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ( Sebutkan hajat) عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي
Ya Allah, aku mohon pilihanMu dengan ilmuMu, kemampuan dengan kudratMu dan kurniaMu yang Maha Agung kerana sesunggunhnya Engkau Maha berkuasa dan aku berdaya, Engkau Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini baik bagiku, baik untuk agama mahupun dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat takdirkanlah ia bagiku, mudahkanlah bagiku, berkatilah bagiku. Dan jika menurut ilmuMu bahawa urusan ini buruk bagiku, agama, dunia dan akhiratku sama ada lambat atau cepat jauhkanlah daripadaku hindarkanlah daripadaku dan takdirkan untukku kebaikan dari manapun datangnya dan jadikan aku reda menerimanya.
Kemudian ucapkan hajat selepas (هَذَا الأَمْرَ)
( Riwayat Buhkari)

29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ جَلَسَ فِي مُصَلاَّهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَسَنًا

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Samurah RA katanya Rasulullah SAW apabila selesai sembahyang subuh, baginda di tempat sembahyang sehingga terbit matahari dalam keadaan baik.
( Riwayat Muslim)

30- Mandi Hari Jumaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba seseorang kamu pada hari Jumaat, hendaklah ia mandi.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ وَقَفَتْ الْمَلائِكَةُ عَلَى بَابِ الْمَسْجِدِ يَكْتُبُونَ الأَوَّلَ فَالأَوَّلَ وَمَثَلُ الْمُهَجِّرِ كَمَثَلِ الَّذِي يُهْدِي بَدَنَةً ثُمَّ كَالَّذِي يُهْدِي بَقَرَةً ثُمَّ كَبْشًا ثُمَّ دَجَاجَةً ثُمَّ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ طَوَوْا صُحُفَهُمْ وَيَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat, para malaikat berada di pintu masjid, mereka menulis yang hadir awal adalah diawalkan. Perumpamaan yang hadir awal, mereka itu diumpamakan seperti mengorbankan seekor unta, yang berikutnya umpama seekor lembu, berikutnya seekor kambing kibas, seekor ayam, dan yang terakhir adalah umpama mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar, mereka menutup buku catatan dan mendengar peringatan dari kutbah.
( Riwayat Muttafaqun Alaihi)

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ فِيهِ سَاعَةٌ لا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda: Pada hari Jumaat ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba sedang ia bersembahyang kemudian ia memohon sesuatu daripada Allah Taala melainkan diberi padanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW pada hari raya baginda pergi dan balik masjid melalui jalan yang berlainan.
( Riwayat Buhkari)

34- Sembahyang Jenazah

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disembahyangkan ia mendapat satu qirat dan sesiapa yang menyaksikannya hingga dikebumikan ia mendapat dua qirat. Ditanya kepada baginda: Apa itu qirat? Baginda bersabda: Ia seperti dua gunung yang besar.
(Riwayat Muslim)

** Dalam riwayat lain ada menyebut satu qirat adalah sebesar gunung Uhud

35- Ziarah Kubur-kubur

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا

Maksudnya:
Daripada bapa Abdullah bin Buraidah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, sekarang kamu ziarahilah kubur.
( Riwayat Muslim)

Perkongsian dari blog http://neakchamp.blogspot.com

3 thoughts on “100 Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Seharian: Sunnah Wuduk dan Sembahyang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s