Sharing is Caring

Perbanyakkan selawat

Kenapa Allah Dan Para Malaikatnya Berselawat Kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam?

Di dalam ayat 56 surah al-Ahzab, Allah Subhanahu wa Ta ‘ala berfirman:

إن الله وملئكته يصلون علو النبى يأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما (56)
(سورة الأحزاب : 56)
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Kelebihan Berselawat

Antaranya kelebihan yang dinyatakan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i)

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyebutkan:

صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم الجمعة ، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة
(رواه البيهاقي)
Maksudnya: Selawat umatku dihadapkan kepadaku pada setiap hari Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang akan mempunyai kedudukan yang paling dekat kepadaku.
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
إذا دخل أحدكم المسجد فليسلم على النبي ، ثم ليقل : اللهم افتح لي أبواب رحمتك ، وإذا خرج فليقل : اللهم إني أسألك من فضلك.
(رواه أبو داود)
Maksudnya: Apabila seseorang kamu masuk ke dalam maka hendaklah dia mengucapkan salam kepada Nabi (selawat dan salam), kemudian hendaklah dia membaca: اللهم افتح لي أبواب رحمتك(wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu), dan apabila dia hendak keluar, hendaklah dia membaca (selepas berselawat): اللهم إني أسألك من فضلك(wahai Tuhan memohon kepadaMu limpahan rahmatMu).

Makna اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
“Ya Allah, mohon turunkan rahmatMu ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad”.

Perkongsian dari http://www.e-infad.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s