Sharing is Caring

Jom boikot!

Assalamualaikum

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak?

Renung-renungkan!

Aku berdoa pada Allah semoga terus istiqomah dalam memboikot produk yahudi ni…semoga usaha sekecil ini dipandang Allah ‘disana’ nanti…fikirkan saudara muslim kita di Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang di uji hebat oleh Allah ketika ini…Insyaallah kalau kite niat untuk membantu mereka, Allah permudahkan semua…bukan susah pun nak boikot…yg penting kawal nafsu & istiqamah

Dulu suka sgt dengan prosperity burger…tapi skrg kite makan burger bakar kaw kaw plak.. Lagi sedap dan murah!!!
20121228-231009.jpg

Aku jarang minum coke…tak sedap mana pun…minum teh o ais lagi sedap!
20121228-231635.jpg

Salted caramel frappucino mmg favourite…tapi dah takmo pi starbucks dah..coconut shake pun sedap jugak!
20121228-231932.jpg

Dari kecik mmg suka sgt pakai losyen ni…tp sbb semangat boikot aku tukar pakai losyen vaselline ni…sedap sgt bau aloe vera tu
20121228-232942.jpg

Dulu L’Oreal…skrg safi rania gold pun apa kurangnya
20130102-115228.jpg
Biskut popular mase study dulu..sekarang biskut hup seng jadi pilihan..lebih murah & sedap!
20130102-115454.jpg

20130102-115738.jpg

20130102-115815.jpg
20121229-131744.jpg

20121229-131806.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s