Hubby and Me · Jalan-jalan · Kenangan · Pengalaman

Amazing Bali: Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah ada rezeki kami tahun ni untuk bercuti di Bali…pulau eksotik yg sgt istimewa dengan budaya yg unik…tiket flight dah booking sejak awal tahun lagi…murah!…hotel cari sendiri kat internet then booking ikut kemampuan kami..idak ler hard rock hotel, tak mampu!

Penerbangan dari lcct adik aku wawa yg hantar..tq adikku! Flight pukul 8.45 malam dan selamat touch down di Denpasar airport around pukul 11.30 malam…tiada perubahan masa di Bali,sama spt waktu Malaysia…cuma waktu solat sgt awal…subuh jam 4.30 pagi..

Tourist guide @ pak supir kami adalah Pak Nur (nanti aku buat entry khas pasal Pak Nur)…dah siap-siap contact sebelum ke sana…dpt contact number dari bos suami yg baru jer bercuti ke Bali…

Destinasi hari pertama:

– Barong & Keris Dance: Kampung Batubulan
– Rumah adat Bali
– Kampung Tohpati: batik
– Kampung Celuk: gold & silversmith
– Kampung Batuan: painting
– Kampung Mas: ukiran kayu
– Air Terjun Tegenungan
– Kampung Temen: spice garden & kopi luwak
– Kintamani volcano
– Holy Spring Temple
– Balik melalui Ubud
– Tegalalang rice terrace
– Krisna: Ole-ole khas Bali
– Wong solo: dinner

Destinasi 1: Kampung Batubulan untuk tengok Barong & Keris Dance…harga tiket agak mahal (Rm30 seorang)…setiap org dapat pamplet berkaitan jalan cerita teater ni…agak boring & biasa2 jer..kalo tak pegi pun tak rugi..

Bali 012

Bali 026

silverBali 010
Ramai pelancong mat saleh

Destinasi 2: Rumah adat/ tradisi Bali..melihat sendiri kehidupan dan rumah orang Bali..rumah ni berpenghuni dan kita boleh tengok mereka membuat aktiviti harian macam memasak, mengambil air dari perigi, membela ayam & babi utk makanan mereka…

Bali 066Rumah-rumah di Bali ada signboard ni utk makluman bilangan ahli keluarga mereka…

Bali 085Ni adalah candi dalam kawasan rumah di Bali..bilangan candi yang dibina bergantung kepada berapa ramai anak lelaki yang dimiliki oleh sebuah rumah itu…kalau ada 10 anak lelaki, penuhlah kawasan rumah dengan 10 candi..hee

Destinasi 3: TOHPATI art village…kat sini adalah perkampungan batik yang menjual dan mencanting batik2 Bali..banyak outlet menjual bermacam2 jenis barang berasaskan batik..kami just tengok2 jer, tak beli pun…

silverBali 047
Pintu masuk outlet jual batik

batikBali 052

Destinasi 4: CELUK art village iaitu perkampungan mengukir perak dan emas…sangat teliti dan kemas buatan tangan org Bali ni…suami sempat beli cincin silver yang berkualiti dengan harga sekitar RM100…

Bali 062Ni anting-anting…

silverBali 063Ukiran silver di framekan…

Destinasi 5: BATUAN art village…perghhhh kat sini memang menggoda jiwa…sbb painting yang dilukis sangat2 cantik…tapi alhamdulillah dapat menahan nafsu sbb niat nak memborong lukisan dekat Pasar Sukawati nanti…kat sini agak mahal & eksklusif…

Bali 001Lukisan potret & pemandangan

Bali 002Lukisan abstract

Bali 004Lukisan alam semulajadi

Destinasi 6: MAS art village…perkampungan pengukir2 kayu Bali…sgt takjub dengan skill mengukir diorg…siap ada ukiran 3D lagi…kagum sgt!

Bali 041Suami sangat takjub…

Bali 044Galeri jualan ukiran kayu..tapi tak beli, tengok2 jer

silverBali 046Ukiran 3D

Destinasi 7: Air Terjun Tegunungan..masuk sini kene bayar tiket..tp murah jer lah…ingat pegi ke waterfall terus, rupenye just tgk dari atas jer…cantik tgk live..lepas amik2 gambar, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..echewahhh mcm pengacara rancangan pelancongan plaks..hee

Bali 027

Destinasi 8: Holy Spring Temple..kat kuil ni ada mata air yang mana orang2 hindu akan mandi kat mata air tu utk hapus dosa & mintak hajat…kawasannya agak luas jugaklah

Bali 123Buah maja yg aku panggil limau bali..hee buahnya pahit…ini lah asal usul nama Majapahit..

Bali 149Dalam kawasan upacara keagamaan kene pakai kain tu..mcm kain sekolah

Bali 141Ini lah mata air yang diorang buat mandi tu…air akan sentiasa mengalir dalam kolam tu..

Destinasi 9: TEMEN village…perkampungan rempah dan herba…kat sini diorg tanam macam2 jenis rempah dan herba & memproses kopi paling mahal di dunia iaitu kopi LUWAK..di indonesia, kopi luwak adalah HALAL..tapi fatwa di Malaysia adalah HARAM…so, kami cuma minum kopi yg halal jer la..sempat beli 2 bungkus teh lemon yang segar…

Bali 052Diperkenalkan dengan macam2 pokok…semua ada!

Bali 063Kopi dihasilkan dengan cara tradisional, sbb tu bau dan rasa dia sangat sedapppp…

Bali 073Semua ni gratis saja (percuma)…boleh rasa sikit2..cuma kalau nak rasa kopi luwak jer kene bayar..no testing2 ye..secawan harganya lebih kurang RM15…

Destinasi 10 Kintamani…gunung berapi yang masih aktif dan subhanallah sangat cantik!…sampai sini lebih kurang pukul 3 ptg…dalam perjalanan ke sini banyak tanaman yg subur macam pokok limau sbb tanah gunung berapi kan bagus @ subur…sampai jer, terus pegi makan kat Kintamani Restaurant yang halal dan unik senibinanya…sgt lapar sbb luar area bandar mmg susah cari kedai halal…nasib baik bwk coklat utk alas perut…

 

Bali 094Kat area restoren…masa ni panas terik

Bali 084Entrance restoren…cantik kannn?

silverIMG_1224
Buffet kat sini harganya lebih kurang RM30 seorang

silverpage2

Kintamani Restoren-dijamin Halal!

silverIMG_1225Ada surau untuk kami jamak solat…selesa!

Bali 115Lepas makan..otw turun, kami amik gambar dulu…nmpk tak penjaja yg dtg nak jual barang tu…

silverBali 113 - CopyTasik kat belakang tu subhanallah sgt cantik secara live

Bali 116Teruja!

Bali 119Suami saya..hee

Destinasi 11 Perjalanan balik kami melalui Ubud..menurut Pak Nur, Ubud sesuai utk pelancong yg suka suasana tenang & privacy..ramai gak yg honeymoon kat area Ubud ni..kami singgah di TEGALALANG iaitu sawah padi yang bertingkat-tingkat..tp sygnya diorg dah tuai padi, so kurang cantik sket la pemandangannya…singgah kejap jer kat sini

Bali 163Tegalalang rice terrace

Destinasi 12: Agak jauh jugaklah perjalanan balik dari Ubud ke Kuta..sampai tertido-tido dalam van..sampai bandar je Pak Nur terus bawak gi Krisna: Ole-ole Khas Bali…ni tempat shopping barang2 cenderamata Bali..kami cuma beli sehelai t-shirt & baju batik utk abah..utk mak xjumpe yg sesuai..nanti cari kat Pasar Sukawati jer

Bali 180Entrance Krisna…

silverpage
Jgn lupa dtg sini kalau ke Bali…

Sebelum balik hotel, singgah ke Wong Solo tapau ayam penyet…Alhamdulillah kami sampai semula ke hotel dgn selamat…

silverIMG_1245

3 thoughts on “Amazing Bali: Part 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s