Buku · Sharing is Caring

Sasterawan Negara

Ada jurang yang besar antara penulis generasi baharu dengan generasi lama. Saya mengambil contoh SN Abdullah Hussain (Pak Lah).Dalam julat usia 92 tahun (kini), Pak Lah hidup dalam empat dekad zaman. Pernah menjadi tentera di zaman Jepun, menjadi askar di Aceh, menetap di Thailand dan Brunei beberapa tahun sebagai pedagang dan sasterawan tamu. Beliau kaya dengan pengalaman. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Oxford University Press.

Pak Lah juga pembaca tegar terutama karya-karya besar dunia. Sebab itu beliau dapat menjadi penterjemah novel Isabella dan karya Pearl S. Buck seperti The Good Earth ( Bumi Bertuah), East Wind And West Wind (Angin Timur dan Angin Barat) serta buku The Seven Habits of The Highly Effected People karya Stenem R. Conlay. Pak Lah juga menerjemah novel Middaq Alley karya Naquib Mahfouz, Red Pony karangan John Steinbeck dan buku Agama-Agama di Gususan Pulau-Pulau Melayu karya Josselin de Jong. Buku-buku menjadikannya ilmunya luas.

Kebiasaan hidupnya penuh dengan disiplin. Pak Lah akan tidur sebelum jam 12 malam kemudian selepas satu atau dua jam tidur, dia akan bangun menunaikan solat tahajud dengan didahului membaca bahagian akhir Surah Ali Imran ayat 190. Beliau kemudian akan membaca al-Quran dan tafsirannya dua muka surat di rumah, dan membaca al-Quran tanpa tafsiran ketika pergi ke tempat kerja. Beliau juga melakukan senaman Radio Taisyo yang diamalkan sejak Zaman Jepun (1942).

Beliau masih menggunakan mesin taip Olevetti portable walaupun di zaman komputer dan laptop. Sekali duduk, beliau biasanya akan menaip lima hingga 10 halaman. Sekiranya tidak mencukupi halaman tersebut, beliau akan menggandakan penulisannya pada hari berikutnya. Dengan itu, tidak mustahillah beliau dapat menghasilkan novel-novel yang tebal seperti Imam dan Interlok yang berjumlah 1200 halaman.

Beliau menganggap dirinya sebagai pemerhati masyarakat, perakam sejarah bangsa dan penulis rakyat. Beliau tidak pernah berhenti menulis dan sentiasa mencari tugas berkaitan pena dan kertas. Kini, dalam usia yang lanjut, Pak Lah sudah tidak agresif seperti dahulu namun karyanya tetap mempunyai fikiran dan falsafah yang tidak dapat ditandingi penulis genesari kini.

Jadi, dengan adanya pengalaman, ilmu, disiplin dan istiqamah, mampukah penulis generasi baharu menandingi keupayaan penulis seperti Pak Lah dalam menghasilkan karya agung kepada khalayak pembaca.

Ya boleh, sekiranya penulis kini mengambil sifat yang sama namun, pengalaman mungkin berbeza. Jika Pak Lah dan penulis generasinya menulis dengan bahasa Melayu yang belum lagi tercemar, kita beruntung kerana masukan-masukan perkataan baru yang sesuai dengan zaman sains dan teknologi ditambah pula sumber maklumat (yang hanya di hujung jari). Tetapi disiplin adalah sesuatu yang kita perlu asah dan contohi daripadab orang-orang sehebat SN Abdullah Hussain.

20121003-141251.jpg

Perkongsian daripada penulis Ummu Hani menerusi http://ummudardak.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s