Sharing is Caring

Jom puasa 6

Petanda Kasih di Bulan Syawal

“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!” jerit Haji Ahmad dari kereta.

Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.

Kilat berdentum di langit, tanda beratnya awan menanggung beban.

Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.

“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah” kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.

Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.

Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!

Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.

Tentulah sayang!

Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!

Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.

Sesungguhnya…

Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.

Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.

Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith Riwayat Muslim]

Daripada blog saifulislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s