Sharing is Caring

5 Fasa Hari Akhirat

Kita tidak pernah diajar untuk takut pada hari kiamat, kita diajar untuk membuat persediaan untuk hari akhirat.

Hari akhirat ada lima fasanya.

1. Yang pertama adalah alam kubur, antara amalan yang boleh kita amalkan untuk selamat di alam kubur ialah banyakkan membaca surah al-Kahfi kerana ia akan menjadi teman kita di kubur nanti

2. Fasa kedua ialah padang Mahsar. Antara amalan yang boleh kita buat ialah dengan membuat ibadah korban kerana korban yang kita buat akan menjadi tunggangan kita di akhirat. Selain itu, kita digalakkan membaca surah al-Baqarah dan surah Ali-Imran, ia akan menjadi awan yang melindungi kita di akhirat nanti. Kemudian, ada tujuh golongan yang akan diiringi ke bawah arasy Allah di hari Akhirat nanti, antaranya ialah pemimpin yang adil, orang yang banyak bersedekah, antara lain ialah orang yang hatinya suka kepada masjid.

3. Fasa ketiga ialah hisab amalan, antara amalan yang boleh kita buat untuk selamat di fasa ini ialah mencintai Nabi dan mengikuti sunnah nabi kerana barangsiapa yang mencintai Nabi, mereka akan mendapat syafaat di akhirat ini.

4. Fasa keempat ialah titian sirat. Antara amalan yang perlu kita buat ialah dengan memperbaiki solat dan memperbanyakkkannya.

5. Fasa kelima ialah syurga atau neraka. Antara amalan yang boleh kita buat ialah dengan membela anak yatim kerana Nabi menyatakan bahawa orang yang membela anak yatim akan bersama Nabi di Syurga.

Dipetik daripada entry ‘Kiamat Semakin Hampir’ http://www.ustazamin.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s