Kawan

Seloka Nursai’dah

Assalamualaikum

Seloka ini ditulis oleh Nursai’dah, sahabat paling peramah dan kaya dengan gelak tawa…seloka sempoi tapi lucu ni mengenai karakter setiap ahli group A, IS220 UiTM Shah Alam (2003-2005) dan dibacakan sewaktu aktiviti berkumpulan dalam lawatan ke Kelantan & Terengganu sebelum kami grade…sweet memories!

Hati tenang tiada gundah,
Sambil berjalan menaiki beca,
Ini seloka dari Nur Sai’dah,
Thanks a lot pada yang tolong baca.

Kelantan, Terengganu kita jelajah,
Tanda mesra satu kumpulan,
Jadikan ini satu sejarah,
Buat kita sebelum berpisah.

27 hati tersimpul kasih,
Bermacam ragam, bermacam hal,
Inilah hakikat orang berkasih,
Hari berlalu bakal menjadi kenangan.

Berkaca mata penuh bergaya,
KHAIRUL NASER empunya cerita,
Klas rap kami sampai keabis,
Bila mengata boleh tahan juga.(hehehe..rilex ah naser, jgan mare)

Suka tersenyum sangatlah comel,
Nak kata muda dah tua dah pun,
Inilah KAKLONG pembantu berjasa,
Cuba sebut “kodiang” sekali nak dengar.(suruh dia sebut tau)

From Sabah comes with love
Tak banyak cakap tapi kuat mengata,
Nampak aje diam DANNY tue…
Tapi otak selalu XXX jer pikirnyer

Orangnyer kecil berjiwa besar,
Kerana dia kita di sini,
Inilah DIN orangnyer OK ajer..
Tak jemu ke asyik baik ngan nan aje?(suruh Din jawab)

Padang Serai menjadi kebanggaan,
Tapi Kelate Mari jugak jadi pilihan hati,
AZLINA OTHMAN orangnyer pelik sket,
Ader hati nak jadi Menteri Belia dan Sukan.(nak ganti tmpt Dato’ Azalina tue)

Senyum mengumtum hati berbunga,
Apa nak buat orang tgh bunga-bunga cinta,
NA MUDA nampak ajer senyap dan simple,
Tapi hati jiwang habis saper yang tau.(betul ker..suruh Na jawab)

Mamat sorang ni susah nak tafsir,
Nampak serius tapi melawak boleh tahan,
Sakinah menjadi pujaan hatinya,
AZHARI pun jawab…”Tahu tak per”!!!

Matanya cantik sukar ditandingi,
Loghat Kedah tak pernah hilang,
KAK CHAQ kita ni berjiwa matang,
Tak mainlah nak buat perangai budak.

Terengganu mali ini girl,
CIK DAH anggun penuh gaya,
Dia sekarang tengah darah manis,
Coz dia dah ikut jejak aku ber……(tu kena Cik Dah yg jawab)

Ini budak ada satu special edition,
Coz korang leh tegok dia dua style,
Kadang ayu kadang ranggi, (ala2 artis gitu)
Tak cayer??tgk FARAHANUM sekarang…

Penuh sopan lembut orangnyer,
Nak dengar gelak pun tak berapa bunyi,
FARA AQILAH berjurus budaknyer,
Join kita pening dia.

Berjaga malam serah padanyer,
Bangun pagi janganlah harap,
Orang kecik berjiwa besar,
Layak ke IJA nak jadi datin nanti. (Saper Dato’nyer)

Sekali tgk macam mcm Victoria,
Dua kali tgk terus mcm Beckham,
Hai ATI slumber orgnyer,
Skali ckp jawa, pening kita.(ckp sket Ati)

Tganu celup tinggi orgnyer,
Menjadi pujaan si bujang Penang,
Ehem..LENN dah fikir abis ke,
Pilih Nan menjadi teman.(jgn mare….)

Kejap kurus kejap berisi,
Nampak sombong tapi baik tau,
Ratu bagi “hint” klass kami,
Saper lagi kalu bukan INTAN. (thankzzzz)

Sorang lagi made in Ganu,
Mende..mende..tanda simbolik,
WANAM dan merah dah sebati,
Tanda berani si kecil molek.

Memang benar bagai dikata,
Diam itu tandanya pintar,
LAILI ASHIKEEN gadis scorer,
Bakal grade dgn cemerlang.

Sikecil kelate bertudung labuh,
Dalam diam boleh tahan juga,
Kalau tak kenal gerenti tak cayer,
MARINA juga sempoi orangnya.

Bermotor merah penuh lagak,
Skali tgk mcm garang,
NAN crespo perasan orangnyer,
Kalu berckp takde insurans mulut.

Dulu tough sekarang dah berisi,
Food is his favorite thing,
Kalau korang tidak percaya,
Carilah WAN di akhir waktu dining.

Acurnya nama gelaran,
Punya semangat kuat teruskan perjuangan,
AZURA diam bukan mengalah,
Sekali bercakap senyap kita.

Dari jauh dia datang,
Punyalah payah nak balik kampung,
Seksyen 18 KAK FIZA comes from,
Orangnya simple tapi menarik.

Lemah lembut si gadis kelantan,
Galak matanya gemersik suaranya,
Ini dia toke berlian kita,
Kerlipan KINAH diintai seseorang.

The best slumber girl in the class,
CIK YAH comel ligat bergaya,
Bab makan leh join wan,
Nampak kecik tapi jgn main2.

Sekali tegok macam Jepun,
Dua kali tgk macam Cina,
Inilah dia SUZLIZA kita,
Orangnya serius, tak berani nak lawan.

Senyum melerek mengalahkan pompuan,
Suka bercerita dan berjenaka,
Dalam diam penuh rahsia,
SHAHRANI tengok kat saper tue?

Pergi dia ke medan juang,
Untuk mengejar cita dan cinta,
Good luck MAN in your profession,
Esok sombong siaplah mu……

Salam terakhir pada semua,
Tanda berakhir sebuah memori,
Ingatlah kawan, ingatlah sahabatku,
Persahabatan ini kekal buat selamanya.

Makin mesra bakal berjauhan,
Jangan salahkan masa dan juga keadaan,
Itu sudah tak jadi alasan sekarang,
Gunakan kecanggihan zaman meneruskan pertalian.
Salahkan diri andai persahabatan ini tidak berpanjangan,
Kerana tidak menghargai indahnya perkenalan kita,
Tidak ingat sukarnya untuk membina jalinan mesra sekuat ini,
Ingatlah kita mampu hidup tanpa teman hati,
Tapi hidup tak sempurna tanpa sahabat disisi.

Semoga berjaya buat kawanku semua,
Moga kita sama2 menjadi pegawai,
Teruskan usaha kuatkan semangat,
InsyaAllah ditolong Allah.

Salam ukhwah buat semua,
Ingat NUR dalam kenanganmu,
Ceriakan hidup maniskan suasana,
Maaf dipinta segala dosaku.

Teruskan keserasian yang ada pada kita,
Teuskan kemesraan yang menjadi rutin kita,
Teruskan perjuangan yang menentu hidup kita,
Teruskan persahabatan yang menjadi milik kita.

Nice kan? rindu betul zaman belajar dulu2…

Dari kiri belakang WAN, KAK FIZAH, AKU, NAN, LEEN, KAK CHAQ, our lecturer, wife lecturer, anak lecturer, INTAN, NA MUDE, CIK DAH, SUZLIZA & KINAH.

Dari kiri baris tengah DANNY, AZHARI, DIN, KAK LONG, NUR & IJA.

Dari kiri baris depan NASER, SHAHRANI, CIK YAH, FARAHANUM, INA, MARINA, MAN & anak lecturer.

 

2 thoughts on “Seloka Nursai’dah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s