Pengalaman · Peribadi

Mariah Carey wannabe…

Assalamualaikum…hai semua!!! hari ni mcm ade mood nak bercerita…dalam dok sibuk dengan rutin hidup seharian, tetibe cam best jer nak story pasal memori UiTM suatu ketika dulu…

Mase aku amik degree, aku duk sebilik ngan Asilah…kami berkongsi banyak citer sbb agak lama jugak kami jd room mate…setahun kami duk berdua kat kolej Melati & Mawar…then setahun lagi duk ramai2 kat Puncak Perdana…sebelum tu, aku ngan Asilah kawan gitu2 jer lah…tp sebab kami ni jenis mesra alam, senang jer lah nak ngam…

Memori mase jd room mate dulu, paling xboleh lupe…heee (senyum dulu sbb lawak…hahaha) sebelum tido kami mesti nyanyi lagu Mariah Carey sama2…berduet tau…diiringi radio kecik aku…mak ai mmg meletup lah suara kami kat hostel time tu…aktiviti ni bermula pas aku beli kaset “Mariah Carey: Greatest Hits”…pastu mmg xpernah miss menyanyi tiap malam…

Aktiviti ni mcm dah jd satu rutin sblm tido kami…maybe sbb tu kami ceria jer sbb tiap malam dah release tension ngan melalak lagu mariah carey…paham2 jer lah, sume lagu2 mariah carey adalah bernada tinggi yer kawan2…maka penat juga lah kami menyanyi mengikut alunan suara beliau…mase tu, boleh dikatakan sume lagu mariah carey kami hafal…cakap jer lagu per, konfem kami leh nyanyi sebijik cam mariah carey..hahaha…wah gitu!

Oleh sbb suara aku ala2 sengau gitu, aku selalu kene gelak ngan Asilah…ditambah lagi ngan diction yg bercampur ngan loghat jawa…ngan pitching ke laut…Asilah mesti gelak kuat2 dulu sebelum leh nyanyi…ahhhh rindunyer sume tu…

Kenapa lagu Mariah Carey?…sbb sume lagu-lagunya adalah sangat inspired…serious…mmg mostly lagu2 beliau sgt bermotivasi dan berinspirasi…lupekan segala kontroversi atau isu seksi penyanyi ini…kami bukanlah peminat mariah carey secara individu, kerana apa yg kami kagum adalah kebanyakan lirik lagu Mariah Carey ditulis oleh beliau sendiri…dan mostly adalah lagu2 yang hebat dan menjadi evergreen…agak ironis kerana beliau sendiri hidup dalam tekanan dan kontroversi…hurrmmmm

Lagu feveret kami semestinya lagu Hero yang menjadi signature songs mariah carey sendiri…lagu motivasi yang bercerita bahawa kita adalah hero kepada diri kita sendiri utk terus bangkit dalam perjalanan mencari kebahagiaan dan kejayaan…itu ulasan aku lah…sbb sesiapa pun mempunyai persepsi sendiri tentang lagu hebat ini…

Selain tu, kami suke karok gak lagu Vision of Love, Love Takes Time, Without You, One Sweet Day, My All, I Still Believe … bile lagu When You Believe plak, masing-masing berangan jadi Mariah Carey & Whitney Houston…hahaha…miss that moment! Selalunya lagu pilihan kami adalah yang berentak slow sbb kami boleh ikut lenggok dan gaya nyanyian mariah carey yang mmg superb tu…

Sepanjang kami menyanyi tu, xde pulak sebarang aduan diterima dari bilik lain…haha..so, kami anggap aktiviti kami ni tidak mengganggu sesiapa dan masih ditahap sopan…atau mungkin ada yang merindui suara kami selepas kami berpindah bilik???…wahahaha…segalanya mungkin…

Asilahhhhhh…aku rindu kamu!

 

23 thoughts on “Mariah Carey wannabe…

    1. pas menyanyi kami baca doa tidoq plak laa…
      xkan tido sambil menyanyi kot…
      tu cik witt ja leh wat..
      hahaha

  1. Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa..kadangkala membuatkan kita mengalir airmata..mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa… marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..SEMUA ITU ADALAH ANUGERAH ILAHI DALAM SEBUAH PERSAHABATAN…..

  2. Wow dikaulah idola ku, yanti baru ku tahu talent kau….
    kalo idak dh lame aku meng admire kau…
    * kau penyani yg versetail : sengau (tomok), slanga jawa (pelakon/palawak ABON), pitching kelaut (boleh jd nelayan tros)

    –PENUTUP–
    entri ini sangat berinformasi disamping gosip2 artis dan nilai2 murni kasih sayang terhadap rakan
    Sekian

  3. nyah…ko nyanyi bilik seblah xdo komplen….kami bersembang pun kna kejor dek RS puncak tu….siap kna jirus air lagik….azab betul…..
    ingat x lagi time kita aerobik ala2 paula Abdul tu…aku masih simpan video tu…kalu terjual ni, confrem larisss….

    1. nyah, sian ko kene jirus air yer…
      lenkali ko nyanyi lagu mariah carey jer tau..
      lagu hepi besday mmg ramai org menyampah…hahaha

      uit nyah, make sure ko simpan video tu elok2…
      klu sampai masuk youtube…tau la aku nak cr ko katne…
      heee

  4. Salam my deAr atiE… Huhuhu teRharu membacA entrY ini… YeaH it ReminDs me oF ouR golDEn Moment… Tp jgaN isaU k will bE repeAtinG the MomenT duRing oUR HoliDaY k… JagA suaRa Ok… loVe n miSz u muCh

    1. pergghhhh…ssh tu nak nyanyi lagu tu…
      mesti betol2 menguji vokal ko kan lin?..hee…
      jgn sedey2 lin…
      aku kan ader!

  5. my dear asilahhh…
    hahaha…mane leh lupe sume tu…
    jgn risau, pasni kite akan gegarkan pulau sibu lak..
    heee

  6. Astaqfirullah nyah….orang baca doa tido nyah!
    Tengok cam Irdina dan Irfan…nak tido baca doa….
    Aku je tak sempat baca….sbb belum baca dah tido dulu…..huhu

    1. oppsss…
      irdina & irfan insan mulia…
      aku & bos ku insan ternoda oleh dosa…
      oh tuhan…ampun kan hambamu yg lemah ini…
      amin

  7. tu dia..gitulaa pengaroh omputih ni..cepat sgt melekat..agaknya punca kesan retak2 kat dlm bilik di melati tu suara korg la ni agknye..isk isk…sian kitaorg yg junior ni.dok koleh melati dah glamer dah..masuk bilikk isk dasat..guphernya retakan akiba senior yg suka karok b4 tdo..sib sib…

    1. alamak wahida dah membebel…
      tutup telinga!!!…hahaha…
      tu retak sbb ko main kejor2 dlm bilik..
      sape suroh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s