Keluarga · Peribadi

R I N D U

Assalamualaikum…ape korang buat kalau rindu kat seseorang…seseorang yang penting dalam hidup kite…seseorang yang selalu menjadikan kite seorang yang lebih baik setiap hari…seseorang yang selalu menggembirakan kite…seseorang yang sentiasa mendahulukan kite dalam semua perkara…seseorang yang tak pernah berkira dengan kite…seseorang yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk kite?

Penatnye nak tahan rindu…camne nak hilangkan penat ni???…perlu ke buang rindu tu dulu, baru hilang penat…tapi rindu ni tak pernah berhenti…rindu ni tak pernah kurang…rindu ni selalu buat aku sebak…rindu ni selalu buat aku rase nak menangis sepuas hati…

Tapi kadang-kadang rindu ni buat aku jadi kuat…buat aku makin bersemangat…buat aku berfikir betapa sayangnya tuhan pada aku…sebab tu aku di uji dengan rasa rindu ini…di uji dengan dugaan yang tak pernah aku fikirkan walau sebesar kuman sekalipun…

Sebab aku tak sanggup di tinggal pergi…aku lebih sanggup aku yang pergi dulu…tapi aku kene terima…aku perlu redha…aku kene terima hakikat bahawa…AJAL, MAUT, JODOH, PERTEMUAN telah ditentukan oleh ALLAH…

Al Fatihah buat arwah ibu ku HASNAH BINTI BADRI…tahun ni genap 4 tahun emak tinggalkan kami…tapi SAYANG kami, RINDU kami, CINTA kami buat mak tak pernah kurang walau sedikit pun…bersemadilah emak di SANA dengan aman…


“Ya Allah Ya Tuhan ku, ampuni lah segala dosa arwah ibu ku…kasihanilah dia sepertimana dia mengasihani aku semasa aku kecil dahulu…Kau lapangkan lah kuburnya…ringankan lah seksa kuburnya…dan tempatkan lah ibu ku dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…amin…amin…ya Rabbal alaminnnnn…”

p/s: Kepada sahabat-sahabat ku yang membaca blog ini, sudilah kiranya untuk menyedekahkan Al Fatihah untuk arwah ibu ku…

terima kasih

7 thoughts on “R I N D U

  1. Bila aku rindu..hanya air mata menemani..menanti dtg nya 29 March 2009, seperti sembilu menghiris hati,luka nye masih terasa…aku xleh terima hakikat aku kehilangan insan tercinta..setiap malam aku menagih kasih,setiap malam aku melayan rindu,setiap malam aku merayu Ya Allah,hilangkan rindu ini…tp rindu itu datang juga tanpa henti…kenangan itu amat menyakitkan…tapi aku bangga menjadi insan terpilih memiliki saat2 akhir nafas ibu ku..kau pun sama..sabarla sahabt,jika kau tidak kuat,bagaimana aku ingin menumpang kekuatan mu?jika kau lemah stlh 4 thn,bgaimana aku yg belum pun setahun??perjalanan kita sama,bezanya kau diberitahu anggaran waktu,dan aku ditinggalkan tnpa diduga…tapi kita tetap kehilangan..atas rasa kehilangn itu kita menjadi manusia yang tau menghargai erti kasih dan syg orang…ats rasa kehilangan kita tau makna ada…dan kau akan mendpt seorang ibu sbg pengganti,tp aku????aku belum mencari pengganti, kerana aku masih mencari kekuatan diri dan menerima hakikat..bersabarla…kita sama2 bina balik kekuatan yang telah lama hilang…

  2. Salam ti,

    Bila aku baca ni tiba2 rasa sebak dan mengalir air mata..4 tahun rasa sekejap je..masih ingat lagi keceriaan arwah semasa hayatnya dulu ;'( dari kecik suka mengusik aku..rindu saat2 tu..

    Kata2nya sentiasa berunsur nasihat, merendah diri dan menyuruh kita selalu sabar..Sabarlah yanti ek.Insyaallah arwah tenang kat sana. Sebab arwah seorang yang sangat baik sepanjang hidupnya..Kena selalu sedekahkan alfatihah dan pahala amalan kepada arwah. Sebab satu amalan yang tak putus selepas mati adalah doa dari anak yang soleh dan solehah kepadanya..

    Wallahua’lam.

  3. Atie…aku pun rase sayu bila baca entry ko kali nie..sabar la Atie, walaupun aku dapat kenal dgn mak ko kejap jer, tapi aku masih ingat lagi wajah dia, nasihat dia, cerita dia mengenai korang adik beradik…Allah lebih sayangkan dia..semoga rohnya dicucuri rahmat…

    1. terima kasih sahabat…terima kasih kerana mengenang kebaikan arwah mak aku…arwah sentiasa layan kawan2 anak dia mcm anak sendiri juga

  4. sesuatu yang indah itu elok dikenang untuk dijadikan pedoman masa hadapan….percaturan Allah itu mempunyai hikmat tersendiri walau kdg2 tak terjangkau dek akal fikiran kita yang lemah..berbahagia la kamu wahai sahabat, kerana esok banyak lagi ranjau dan onak duri untuk kita tempuhi….aku doakan kita semua berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s