Buku

Tetralogi Laskar Pelangi

Assalamualaikum…lame tak story pasal buku kan..kali ni rase excited sgt nak citer pasal novel paling aku sukeee dan paling byk aku ulang baca…novel yang tak dapat nak digambarkan perasaan aku bile aku bace…juga satu-satunye novel yang boleh buatkan aku menangis dan ketawa dalam satu masa…

Aku bukan lah pengulas buku yang baik…aku khuatir jika ulasan aku tentang sebuah karya agung sehebat tetralogi LASKAR PELANGI ini berubah menjadi sebuah karya picisan…oh, sungguh malang jika ianya terjadi…aku mengambil masa yg agak lama untuk mengulas karya ANDREA HIRATA ini di dalam blog ku…ikutkan hati, karya ini lah yg akan aku ulas dulu…

Tapi aku serahkan kepada pembaca utk menilai sendiri novel sehebat ini…rasa teruja saat membaca keempat-empat novel dari indonesia ini membuatkan aku rasa bertanggungjawab untuk mengajak peminat novel untuk sama-sama merasai keseronokan yg aku dapat…

Tetralogi Laskar Pelangi bermula dengan karya pertama LASKAR PELANGI, diikuti dengan SANG PEMIMPI, kemudian EDENSOR dan terakhir adalah MARYAMAH KARPOV…membaca kesemua novel ini membuatkan aku tenggelam dalam dunia penulisnya…Pak ANDREA HIRATA…ianya merupakan kisah benar yang menceritakan tentang kehidupan penulis yang menggelarkan dirinya sbg Ikal, semasa zaman kanak-kanak bersama dengan 9 watak sebenar lain yg terdiri drpd Lintang, Kucai, Mahar, Sahara, Samson, A Kiong, Syahdan, Harun dan Trapani. Dan percayalah setiap watak adalah sgt mengasyikkan dgn gaya penceritaan yang sangat menyentuh perasaan…

Kisah Lintang adalah watak yg paling memberi kesan dalam novel ini…diceritakan bagaimana Lintang, kanak-kanak miskin yang tahap genius nya sehebat Albert Einstein…ulasan aku barangkali tidak dapat mengungkapkan betapa seronoknya membaca novel Laskar Pelangi ini…

Fenomena Laskar Pelangi sehebat fenomena novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy…tetapi pastinya dalam genre yg berbeza…dan sudah pasti, karya sehebat dan seagung ini menarik perhatian pembikin filem di Indonesia sendiri…dan aku sgt2 gembira apabila filem Laskar Pelangi telah diterbitkan oleh penerbit sama yg membikin filem terlaris Ada Apa Dengan Cinta…ingat lagi Rangga & Cinta?…pastinya sentuhan penerbit hebat bakal menghasilkan filem yg hebat…dan syukurlah ianya memang tidak mengecewakan…dengan sountrack lagu Laskar Pelangi oleh Nidji, ianya menambah lagi kehebatan filem ini…

Filem Laskar Pelangi pada tahun 2008

Tahun ni, filem Sang Pemimpi pulak yg akan keluar..ahhh…tak sabarnye nak tengok…pasni kene ulang baca novel Sang Pemimpi utk lebih dekat lagi ngan watak Ikal, Arai dan Jimbron…Ariel Peterpan bakal bawak watak Arai…dalam novel kedua ni penulis menceritakan tentang suka duka perjalanan hidup Ikal untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Sorbonne, Perancis…watak Arai sgt menyedihkan, manakala Jimbron sgt kelakar…mmg sgt lucu…

Filem Sang Pemimpi…kat Indonesia dah release 2009

Manakala novel Edensor pula mengisahkan tentang mimpi-mimpi Ikal yang menjadi kenyataan untuk menjelajah ke Eropah dan Afrika…”jangan takut untuk bermimpi”…kerana Ikal membuktikan yg mimpi mampu menjadi kenyataan jika kita berusaha…

Dan novel Maryamah Karpov: Mimpi-Mimpi Lintang mengakhiri tetralogi Laskar Pelangi…merupakan kesudahan kisah Ikal dan rakan2 Laskar Pelangi nya…dan aku seperti tidak mahu kisah itu berakhir disini…kerana aku telah menjadi sebahagian dari cerita Laskar Pelangi…Tahniah Andrea Hirata!!!

3 thoughts on “Tetralogi Laskar Pelangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s